Kisah BeNaR sEoRanG iNsAn....
PERTAMAnya, Sang Penulis ingin menghulurkan salam & selamat sejahtera buat semua pengunjung blog yg sederhana ini. Kali ini saya ingin menukilkan sebuah kisah benar mengenai seorang insan tabah yang merupakan seorang sahabat Sang Penulis sendiri.....Kisahnya bermula suatu ketika dahulu......
DI sebuah tempat yg agak terpinggir dr kesibukan bandar, jauh di kawasan yg ditumbuhi pohon kelapa sawit yg rendang, tinggal seorang Insan bersama rakan-rakan beliau di tempat tersebut. Berbekalkan semangat & azimat yg digenggam bersama, mereka cuba hidup seperti insan lain dalam usaha mencapai cita-cita mereka.
Insan itu gigih berusaha namun mungkin caranya yang berbeza. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri dan begitu juga dia. 1250 hari mungkin hanya merupakan nombor buat mereka tapi tidak buat Insan itu...Insan itu dia berbeza dari mereka! Ntah di mana,bagaimana & siapa yang tahu tetapi aku tahu dia juga mampu berjaya. Insan itu sering DIHINA,DICERCA,DIKEJI,DIBENCI & semuanya ditelannya demi mencapai hasrat di hati. Saban hari, Insan itu cuba utk terus berdiri di atas kaki sendiri, berlari & berdikari.
Kadangkala aku kasihan melihat Insan itu...Insan itu tabah dan gigih meniti hari-hari yg mendatang. Pada masa yg sama aku KAGUM melihat insan itu...Insan itu seorang yang baek..Insan itu selalu berbudi pada mereka namun seringkali Insan itu dikhianati.....
..
Insan itu di pandang rendah kerana dia bukan di kalangan cendiakawan-cendiakawan yang sering memikat hati para pendita melalui kebijaksanaan mereka. Insan itu tidak istimewa. Insan itu tidak hebat. Dia cumalah seorang INSAN BIASA. Namun hatinya kental meredah badai,menghambat gelora yang menghempas pantai hidupnya. Insan itu tidak hanya menunggu namun dia berikhtiar akan sesuatu...
Today, the person is a somebody! The person manages to go through life full with hurdles and many obstacles along the way. The person maybe not as bright as you or as good as them, but
the person is already painting his future while we still haven't get our degree.. I'm proud of the person as a fren and May God bless the person. Aminnnnnnnnnnn....
Comments
Post a Comment