A NEW DAWN : KAYUHAN MERDEKA AL-KHAIR 2017 (Part 1)

     
     

          Seusai solat Subuh dalam keheningan pagi, aku mula membongkar khazanah-khazanah di dalam sebuah kotak kecil di dalam kamarku. Matlamat hanya satu. Sehelai seluar hitam yang telah lama aku biarkan lusuh di dalam tempatnya tanpa terusik. Aku singkap kenangan 4 bulan lalu dimana ia menjadi saksi perjalanan menyusuri tali air yang tenang, sawah padi menghijau dan sepoi angin menujah ke muka. Memori lama menerjah kembali ke kepala. Apabila matlamat yang dicari telah kutemui, aku berasa lega lantas kembali berehat di atas hamparan yang membuai indah hingga beransur ke alam mimpi.

          Tidak semena-mena aku tersentak dengan deringan telefon di tepi telinga. Lamunanku terhenti sekelip mata. Rupanya aku sudah lewat untuk ke sekolah. Sepantas kilat aku bangun dan mencapai seluar hitam yg aku tinggalkan di tepi jendela dan sederas angin aku memacu roda menuju ke destinasi pertama. KAYUHAN MERDEKA AL-KHAIR 2017 terpampang megah tatkala aku tiba di lapangan sekolah. Ku sangkakan jalan berturap itu kosong tak berpenghuni namun sebaliknya  ia telah dikerumuni manusia di kanan dan kiri.

Kanak-kanak riang di awal kayuhan


Perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan
     

         Maka pada jam 8.05 minit pagi bermulalah kayuhan perdana menuju destinasi. Langkah demi langkah diatur rapi menelusuri jalan raya yang mula dipenuhi kenderaan pada awal pagi. Aku menurut perlahan dari belakang. Niat hati ingin turut serta namun ku telan jua atas sebab yang tak dapat dielakkan. Dari jendela kereta, ku iring para peserta Kayuhan Merdeka hingga tiba ke checkpoint yang pertama. Masing-masing tampak masih kekal bertenaga menungga masa meneruskan perjalanan mereka.


Siap siaga untuk bertolak penuh semangat Anak-anak Merdeka


             Setelah setengah jam berlalu melalui sawah padi yang kontang, akhirnya mereka tiba di checkpoint kedua. Berehat-rehat santai di tepi sebuah kawasan diberi nama Kampung Nelayan Kuala Kurau di sebelah Kampung Cina (I'm not racist..thats the name of the place haha). Maka nafas dihela seketika sebelum perjalanan dimula. Para peserta gigih mengambil gambar kenang-kenangan sedang usaha mereka belum lagi jauh dari tempat mereka bermula. Namun gambar berharga menjadi motivasi diri untuk terus berjaya dalam usaha. Bagila chance depa selfie!!! Hahahaaa.... Ada yang memanjat pohon di tepi muara dan ada yang bersahaja melepaskan penat di tepi jeti usang di sudut kecil tempat tersebut.

Sekumpulan warga veteran bersembang santai di bawah pangkin

I took the picture at the second checkpoint. Nice kan..kan..kan???  (Acah-acah nature lover hahahaa)

                 Maka bergeraklah rombongan Cik Bedah (Matila kena kecam dengan cikgu sekolah aku)  menuju ke checkpoint ketiga. Sekali lagi jalan denai kampung dipilih oleh pihak urusetia atas pertimbangan keselamatan dan juga jalan pintas ke destinasi seterusnya. Destinasi ketiga ini amat popular dalam kalangan penduduk di sini di mana terdapat pelbagai tarikan yang menggamit pengunjung saban hari sepanjang tahun. Nak tahu ke mana? Tunggu dalam post kedua yang bakal menyusul. Aku dah penat menaip dan edit gambar hari ni.. Sila bagi peluang untuk aku bercuti hahahaha. Tapi jangan kecewa..Nah abang payung gambar-gambar teaser untuk destinasi berikutnya... Terima kasih kerana sudi singgah meluangkan masa dan semoga hidup anda sentiasa ceria dan bahagia 😇😇😇😇😇💪💪


Nah Teaser skit abang belanja !!!!

Dari dalam kereta tu iringi kayuhan mereka

Sawah padi terbentang indah menggamit memori


Lorong kecil jadi saksi perjalanan


Nantikan posting  "A NEW DAWN : KAYUHAN MERDEKA AL-KHAIR 2017 (Part 2)" akan datang........... See you there peeps :)





Comments

Post a Comment

Popular Posts